PAK PANDIR PEKERJA KONTREK INDON
Ada 3 orang sahabat indonesia yang kerja kontrak di salah sebuah projek pembangunan bersebelahan klcc. Mereka bernama ash (bukan nama sebenar), geng_jahat(juga bukan nama sebenar) dan Pak pondir (ni nama sebenar).
Mereka bekerja menyimen dinding di tingkat 14 bangunan tersebut. Setiap hari mereka akan membawa bekal yang dibawa dari rumah sendiri.
Hari jumaat yang lepas, di waktu rehat mereka masing-masing membuka bekalan makanan mereka. Ash membuka tupperwarenya dan melihat nasi lemak didalamnya. Lalu Ash berkata, "Hari-hari nasi lemak. Hari-hari nasi lemak. Boring aku. Isnin ni kalau bekal aku ni nasi lemak sekali lagi aku terjun bangunan ni". Geng_jahat juga membuka tapau polisterinenya dan melihat, capati. Dia juga berkata "Naik muak aku dgn capati ni. Aku pun kalau isnin ni aku dibekalkan capati juga aku join kau terjun bangunan ni". Pak Pondir juga sama. Dia juga dibekalkan dengan roti bakar. "Aku nak join sekali la kalau bekal hari isnin ni roti bakar jugak. Nak bosan aku dgn roti bakar je hari-hari..."
Isnin harinya, Ash buka bekalnya dan melihat nasi lemak. Beliau terus terjun dari bangunan itu lalu mati.
Begitu juga dengan geng_jahat. Dia bawa bekal capati, lalu terjun bersama-sama Ash.
Pak pondir pula dibekalkan roti bakar. Tak syak lagi, dia pun terjun bangunan sama-sama dengan ash dan geng_jahat.
Jam 1.30 ptg tadi, di upacara pengkebumian, mereka dikebumikan bersama-sama. Isteri Ash si Reez menangis teresak-esak. "Kalaulah aku tahu abang Ash tak suka sangat makan nasi lemak, mesti aku masak benda lain...huaaaa.....huaaaa....."
Begitu juga isteri geng_jahat si awekcomel. "Aku akan masak Tosey kalau aku tau abang geng_jahat muak makan capati hari-hari... uwaaaaaa.... maafkan aku abang geng_jahat"
Tapi Mak Ondih isteri si Pak pondir tak menangis pun. Semua yang ada di majlis pengkebumian itu pun pelik. Melihat semua orang mellihat dia, Mak Ondih pun berkata "Apa? Bukan salah aku laaaa... dia sendiri yang bakar roti bakar tu."
No comments:
Post a Comment