HANTU AFRO DEE_DEE
Seperti biasa, dee_dee selalunya akan sembang ngan makcik cleaner kat opis die tu. Macam-macam mereka sembangkan. Daripada hal ehwal makanan sehinggalah gossip terjah melodi.
Ada satu hari tu, makcik cleaner tu ceritalah die kene kacau dengan antu kat opis yang diorang keje ni. Macam-macam cara makcik cleaner ni kene kacau. Beberapa kali ditegur oleh seseorang, tetapi bila dicari siapa yang menegurnya tak pulak makcik cleaner tu jumpa. So, makcik cleaner tu bagi la amaran kat dee_dee supaya berhati-hati kat opis. Opis dia keras sikit. Jangan buat main. Kalau nak stay malam, baik berteman. Jangan duk sengsorang. Orang kata antu kat opis ni rambut macam alleycats terutamanya dekat tandas.
(ini gambar makcik cleaner sedang menjalankan tugasnya)
Oleh kerana makcik cleaner tu selalu sangat cerita hantu kat dee_dee, die pun rasa betul ke makcik ni. Entah-entah makcik cleaner ni tipu je kot. Jadi, dee_dee ambil keputusan nak siasat. Nak mengesahkan lah cerita makcik cleaner tu kononnya.
Malam tu, dee_dee pun datanglah ke opis sendirian. Die cakap kat pakwe die si lipans tu die ada kerja. Bila lipans offer diri nak temankan kat opis, dee_dee cakap tak payahlah. Dia boleh kerja sorang diri. So, lipans pun tak cakap apelah. Dah die nak buat keje sendirian.
Suasana malam tu gelap. Maklumlah, baru lepas ujan. Pakgad takde sebab bininya bersalin mengejut. Takde la yang menjaga opis ari tu. Mujurlah dee_dee ada kunci spare. So, masuklah dia ke dalam opis. Masuk je kedalam opis, tempat pertama yang dituju oleh dee_dee ialah tempat yang makcik cleaner tu selalu cerita. So, nampak la pintu tandas tu kat situ.
(ini gambar pintu tandas berhantu)
Perlahan-lahan dee_dee buka pintunya.
Gelap... macam tiada sesiapa pun. 
Dengan tiba-tiba kelihatan samar-samar sepasang mata memerhatikannya. 
Mulalah dee_dee rasa takut.
Walaupun ketakutan, dee_dee masih ada ada sedikit keberanian untuk membuka lampu.
Lalu.... apabila lampu dibuka.....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Hello dee_dee!!! Apa lu mau bikin? Mari kita menyanyi lagu "Sampaikan Salam" nyanyian alleycats. Mari...
Lepas tu dee_dee tak sedarkan diri. Sedar-sedar je dia berada dihospital ditemani oleh makcik cleaner tu.
Gitulah cerita terbaru antu afro di opis dee_dee.
-sekian
No comments:
Post a Comment