Friday, November 17, 2006

KISAH INTERVIEW ASH

Ash telah diinterview untuk jawatan eksekutif di sebuah firma swasta. Untuk mengetahui tentang personaliti Ash, si penginterview itu bertanya, "Jika anda diberi pilihan untuk di soaljawab oleh seorang yang hidup ataupun mati, siapakah yang anda mahukan?"

Dengan konfidennya Ash menjawab, "Mestilah yang hidup".

___________________________________

Si penginterview bertanya lagi,"Anda inginkan 100 soalan mudah ataupun satu sahaja soalan tetapi sangat susah?"

Ash berfikir seketika,"hmmm....", dan menjawab "Satu soalan susah lah kalau begitu".

"Ok, soalannya manakah yang wujud dahulu, ayam ataupun telur ayam?" soal si penginterview kepada Ash.

Ash menjawab,"Telur ayam."

Penginterview tersenyum sinis. Aku akan kenakan kau fikir si penginterview. "Kenapa telur dahulu? Tolong berikan sebabnya."

Ash berkata,"Maaf, Encik hanya ingin bertanya satu soalan sahaja. Soalan kedua ini tidak akan saya jawab." hehehehe... Ash tersenyum bangga.

"Cis, aku pulak yang terkena. Takpe...takpe....",kata penginterview dalam hati.

___________________________________

Diakhir sesi interview, penginterview bertanya lagi kepada ash, "Berapakah gaji yang anda mahukan?"

Ash pun menjawab "Sebulan RM15,000."

Si penginterview punberkata, "Kalau begitu, apa kata kami beri tambahan pekej percutian 5 minggu setahun, 24 hari cuti berbayar, full medical and dental, Ferrari sebiji dan Mercedes sebijik bersama dengan pemandunya untuk ulang-alik ke pejabat?"

Ash terkejut dan berkata,"Wow, kamu berguraukah"

Si penginterview membalas,"Kamu yang mulakan gurauan dulu. Saya sambung sahaja. Hua hua hua...." Si penginterview gelak berguling guling didepan Ash.

Akhirnya, si Ash mengamuk didalam bilik opis itu sebelum pak gad menghumban beliau kedalam tong sampah. Kesian beliau.

No comments: